Sunday, May 24, 2009

Akiya : Perspektif yang berbeda
Melihat sesuatu melalui perspektif yang berbeda di RPS Betau, Pahang.
24/5/2009 Uji Bakat JA 2009 [Solo]

Wednesday, May 13, 2009

Buku terbaru dari Akiya.
Perjuangan Warisan Orang Asli
Suara Dari Dalam
Akiya
ISBN 978-967-5227-19-6
Lestari UKM

Tuesday, May 12, 2009

Akiya : Sedang Membaca Sajak Diari Peribadi Awang Pangan


Akiya

Diari peribadi Awang Pangan

I

diari peribadi awang pangan,
awang pangan pernah menulis begini,
aku rindu pada angin bukit,
angin bukit bakal membelai,
tubuh awang.
angin bukit bakal menjamah,
akal awang,
angin bukit bakal berbisik,
awang dengar jangan sampai kamu membuang bangsa,
awang beringat jangan sampai kamu membuang baka.
awang masih rindu bisikan angin bukit,
awang masih rindu kicauan burung dari bukit,
ingat awang,
angin bukit nafasmu,
jamahlah awang haruman bunga-bungaan,
di kaki bukit mandian tubuhmu.

ingat awang,
di permatang yang landai ini,
tempat kita berguru,
alam guru kita,
percaya kepada yang satu.

aku rindu angin bukit,
aku mahu ke sana.
dengar sini awang,
yang bergelar herba,
menjadi ulam bagimu.
ingat awang,
pesanan guru,
akar yang mencengkam perut bumi,
mengisi urat belikatmu.
awang pangan menulis nota kaki,
aku rindu pada angin bukit,
aku rindu angin bukit dari arah barat,
aku rindu angin bukit dari arah timur,
aku rindu angin bukit dari arah utara,
aku rindu angin bukit dari arah selatan,
tetapi aku tidak rindu pada kabar-kabar angin.



II

diari peribadi awang pangan,
awang menulis lagi,
awang pangan dahaga cerita pembangunan dari meja tukang karut,
awang rindu semua,
awang inginkan semua,
awang dahaga semuanya.
bukan seorang tukang karut berbisik,
layaknya ramai,
riuhnya sekampung,
awang kamu layak melihat-lihat warisan alam,
khazanah hutan milik kamu,
faham tuan.
bukan seorang tukang karut berbisik,
layaknya ramai,
hebohnya satu desa,
awang kamu tahu mengambil akar,
awang kamu faham memungut herba salah,
awang kamu tahu berguru dengan jin,
khurafat namanya,
faham tuan.
bukan seorang tukang karut berhujah,
layaknya ramai,
hebohnya heboh,
awang kamu faham bahasa Melayu bukan?
faham tuan,
awang kamu tahu hukum orang dari bandar,
tahu tuan,
awang kamu tahu kamu bersalah,
tahu tuan,
kamu didapati bersalah mencuri hasil hutan,
hutan milik negara.
awang pangan tersedu di penghujung usianya,
aku rindu angin bukit,
aku masih mahu ke sana.

**
Kuala Lumpur
19/2/2009


Wednesday, May 6, 2009


Akiya : Merakam Wajah Sendiri
Cermin Komplek Rakan Muda Bera, Pahang

Akiya : Merakam Wajah Sendiri