Monday, November 30, 2009

KREW ASYIK fm di lokasi?






1 November 2009.
Pada 28 Oktober 2009 krew ASYIK fm bersama turun padang memeraihkanFiesta Karnival Sukan dan Perpaduan Orang Asli Negeri Perak, anjuran Yayasan Orang Asli Perak Berhad dengan kerjasama UITM Sri Iskandar, Parit, Perak. Semasa sesi temuramah dengan penyiar dari ASYIK fm. Saudara Bah Saha selaku Pengerusi Sukan YOAP Berhad memaklumkan kepada wakil media penyertaan bagi pertandingan Bola Sepak 7 sebelah mendapat sambutan amat menggalakan. Sebanyak 25 pasukan bertanding yang datangnya dari seluruh negeri dan keutamaan diberi kepada pasukan belia Orang Asli. Syarat Pertandingan terbuka, UITM Sri Iskandar, Parit, Perak menghantar satu pasukan. Hadiah berupa wang tunai dan piala iringan kepada pasukan yang menang dalam pertandingan. Pada sebelah malam satu pertandingan Karaoke diadakan dengan diserikan oleh penampilan artis popular Bah Mazuan dan Wah Moliz.
Tetamu VIP yang turut hadir bersama untuk menyerikan majlis malam tersebut YB wakil rakyat dari Sabah. Acara berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Wednesday, November 25, 2009

HAMBA?

26 November 2009 [Rabu]
Pada tarikh 23 November 2009 baru selesai menaip deraf awal manuskrip novel HAMBA karya Akiya. Deraf awal manuskrip ini setebal 171 muka surat. Novel ini mula ditulis pada 25 September 2008 mengambil masa lebih daripada setahun. Kerana beberapa faktor seperti kesuntukan masa. Proses seterus sedang membuat kerja-kerja mengedit dan menyusun tema-tema utama dalam novel ini. Novel ini mengisahkan kesengsaraan hidup mereka yang dijadikan hamba abdi oleh pembesar [Melayu] di tahun-tahun 1870'an. Novel ini mengambil negeri Perak, sebagai latar tempat berlaku peristiwa yang penting dalam sejarah tanah air ketika itu.

KONSERT MALAM GERENTI ASYIK 2009?

26 November 2009 [Rabu]
Radio Malaysia ASYIK fm sedang merancang akan mengadakan satu program Hiburan / Konsert Malam Gerenti ASYIK 2009 di Kampung Orang Asli Busut Baru, Bukit Cheding, Banting, Selangor. Pada tarikh 12 Disember 2009. Waktu 9.00 malam. Program ini akan di kendalikan oleh Penerbit Ekskutif saudara Pandak Tak dan dibantu oleh saudara Hardy Zakaria Bin Kasim dari ASYIK fm. Konsert pada malam itu dijangka akan diserikan dengan artis jemputan yang terkenal di tanah air. Juga diserikan dengan penampilan artis * Juara ASYIK fm berkumpulan tahun [2007] dan Juara ASYIK fm solo [2009] juga dijangka kumpulan KHALIFAH akan mengegarkan Padang Terbuka Kg.Orang Asli Busut Baru, Bukit Cheding, Banting, Selangor.
Jumpa anda di sana...!