Monday, November 30, 2009

KREW ASYIK fm di lokasi?






1 November 2009.
Pada 28 Oktober 2009 krew ASYIK fm bersama turun padang memeraihkanFiesta Karnival Sukan dan Perpaduan Orang Asli Negeri Perak, anjuran Yayasan Orang Asli Perak Berhad dengan kerjasama UITM Sri Iskandar, Parit, Perak. Semasa sesi temuramah dengan penyiar dari ASYIK fm. Saudara Bah Saha selaku Pengerusi Sukan YOAP Berhad memaklumkan kepada wakil media penyertaan bagi pertandingan Bola Sepak 7 sebelah mendapat sambutan amat menggalakan. Sebanyak 25 pasukan bertanding yang datangnya dari seluruh negeri dan keutamaan diberi kepada pasukan belia Orang Asli. Syarat Pertandingan terbuka, UITM Sri Iskandar, Parit, Perak menghantar satu pasukan. Hadiah berupa wang tunai dan piala iringan kepada pasukan yang menang dalam pertandingan. Pada sebelah malam satu pertandingan Karaoke diadakan dengan diserikan oleh penampilan artis popular Bah Mazuan dan Wah Moliz.
Tetamu VIP yang turut hadir bersama untuk menyerikan majlis malam tersebut YB wakil rakyat dari Sabah. Acara berakhir kira-kira jam 12.00 tengah malam.

No comments:

Post a Comment