Apabila seorang kawan mahu anda menyiapkan satu tugas - anda akan tersentak dari lamunan. Lihat hasilnya? Tugasannya bukanlah berat sangat tetapi boleh dikatakan atau dikelaskan rengan sahaja. Tulis satu puisi untuk mengiring sebuah blog yang kita dikendalikan - untuk memperlihatkan isi hati kita. Maka mahu tak mahu terpaksa aku siapkan dalam jangka masa yang tergesa-gesa maka lahirlah iannya.
Orang Kita Bercakap
Kita bercakap,
Kita bercakap atas dasar akal dan budi orang kita,
apabila orang kita bercakap,
tutur kata dan bunga bahasanya jujur,
apabila orang kita bercakap,
bukan dua perkara,
bukan tiga perkara,
orang kita bercakap hanya satu perkara,
kebenaran,
dan menjadi pula bahan ketawa orang luar,
katanya cakap orang bodoh.
Apabila orang kita bercakap lagi,
apabila orang kita bercakap tentang hak asasi,
tentang hak jati diri,
orang kita diumpat dan di keji,
apabila orang kita bercakap lagi,
cakap orang kita dipandang sepi,
orang kita pegang cakap pemimimpin,
kalau pun hitam, hitamlah,
orang kita terima dengan senang hati.
Biasanya orang kita bercakap tidak emosi,
orang kita bercakap atas dasar,
bila perlu saja,
apabila orang kita bercakap tentang sejarah bangsa,
orang kita dicemoh kambing hitam,
apabila orang kita bercakap tentang seni budaya bangsa,
orang kita boleh di tuduh perosak seni budaya negara bangsa.
Apabila orang kita bercakap lagi tentang hak,
hak mahu dihormati,
hak mahu dikenali,
hak mahu bersuara,
hak mahu memimpin,
orang kita dituduh kiasu.
Bila orang kita bercakap atas dasar hak,
orang kita harus bercakap telus,
orang kita harus bercakap benar,
tapi jarang-jarang cakap orang kita diterima pakai.
::
ilham cipta : Mahat a.k. Akiya
tarikh : 14 Ogos 2010
alamat : Bukit Lanjan, Damanasara Perdana, Selangor.
No comments:
Post a Comment